11/15/2013

salam jumaat 11 Muharam 1435 Hijrah

Hi u ols.

Selamat pagi.. yeayyy.. pagi ni da habis kerja.. boleh balik tido n esok dapat berfoya2 dengan tanpa rasa bersalah.. 

ops : lupa nak wish tahniah kat adik bongsu kesayangan kitaorang semalam da selamat dapat result UPSR.
5A dengan bangganya.. habislah kitaorang bila die nak mintak2 ganjaran...

p/s: k ah.. nak balik keja dulu.. nanti update lagi.

11/14/2013

tika malam menjelma

Hi u ols..

tajuk entry memang tak nak kalah.. akhirnya aku kecundang jugak..konon2 nak bagi blog ni sentiasa up to date, tapi apa kan daya.. begini la nasibnya.. tak sompek.. tak tahu la apa yang sibuk sangat.. tapi tak berkelapangan nak ber'blog'an.

Malam ni da masuk malam ke tiga keje, sehari je lagi nak habiskan shift ni.. tak sabar sangat sebab minggu depan straight habiskan sisa cuti tahun ni.. so IN SHA ALLAH, ahad ni masuk keje siang then cuti sampai hari khamis. Jumaat sehari je keje then sambung lagi cuti 4 hari.. ahah.. best kan keje cmni.. Kalau Ahad n jumaat ni ditakdirkan tak masuk keje, dapat cuti 12 hari..woooo.. macam best je, macam best je.. ahak..


p/s ; sekadar perkongsian. Moga Allah permudahkan jalan bagi setiap ujian yang diberi kepadaKu.

11/07/2013

jogging hari pertama

hi u ols.

hahaha..status tak nak kalah..alahai..saje je nak bagi berkobar2 sket semangat ni sebab nak teruskan esok plak.. Insha Allah akan cuba yang terbaik.

Pagi tadi berjaya untuk pertama kalinya mengawal nafsu tidur pagi2, gigih ajak adik2 teman g jogging kat Putrajaya. Kali ni terjah Taman Botani, Putrajaya..


Alhamdulillah, berpeluh tak leh nak cite. seronok plak pagi2 lari2 anak, pastu jalan2, pastu lari2 balik.. ahaha..seronok.. Pemandangan kat Taman ni cantik sangat, siap lalu tepi tasik, pastu boleh tengok pokok2 kat setiap negara lain..speechless..aku agak2 da dalam 4 tahun gak la aku tak wat aktiviti jogging menjogging ni.. itula sebabnye kot semakin mengembang.nak sehat balik cam dulu..teruskan usahaaa..:P



jauh gak pusing2 2, niat di hati nak pusing satu tasik tapi maklumla, stamina baru nak build up, so semput di tengah jalan. Terpaksa batalkan niat dan berpatah balik ke starting point.. semput mak nak oiii. jauh.. tapi nak try jugak sekali bia lepas pusing satu tasik.. ahaha..




lepas berpusing2 sampai peluh2 2, sempat singgah kat Taman Wetland, ingat petang nak datang balik nak berkayak, tapi xsompek, so nanti la lain kali nak try berkayak plak.
Cam best jer, cam best jer.. ahaha..

rate harga per hour = RM8.
Weekdays bukak 9.00am  to 5.00 pm
Weekend plak dari 9.00am to 6.00pm.




Semangat punya pasal, balik je dari Putrajaya, ajak adik2 g beli kasut jogging baru..haha..kalau setakat semangat sehari dua je tak tahu la nak cakap apa, kasut dah ade ni.. haruslah dah tak leh main2. doakan yer.

p/s : haruslah gambar2 atas ni bukan aku yang ambik yer, ehsan dari encik google. TQ.

Esok Insha Allah nak jogging kat taman lain plak..esok update balik yer..

11/06/2013

Alhamdulillah

hi u ols,

Alhamdulillah.. hari ni dapat bekerja dengan bersemangat lagi..mampu bernafas di bumi Allah yang aman damai ini.

ALHAMDULILLAH..


11/05/2013

salam Maal Hijrah 1435

Hi u ols..


Salam Maal Hijrah 1435H. Semoga thaun baru ni dapat berubah ke arah kebaikan dan dapat menunaikan amanah dan perintah Allah dengan lebih baik.

Semoga diberi keamanan dan kesejahteraan kepada seluruh umat Islam di seluruh Dunia. Aminn..


p/s : Kena bekerja di tahun baru.. Alhamdulillah.. tanggungjawab mencari rezeki.

11/04/2013

Kegemukkan

Hi u ols.

Kegemukkan melanda diri tanpa perasaan bersalah langsung..
Dalam masa setahun berat badan aku tak agak2 meningkat dari 48kg smpai sekarang da hampir cecah 63kg.

Fuh.. susah gak kalau badan ni mudah menyerap dan senang sangat nak menternak lelemak ni.. Setiap kali aku naik penimbang, xpenah2 lagi la nampak jarumm penimbang tu menurun..asyik makin menaik je.. menyakit kan hati sampai sekarang dah malas nak naik penimbang yang rosak tu. Main agak2 sendiri je berat berapa.. ko boleh jadi cam aku.. teka berat badan sendiri berdasarkan saiz pinggang .. tak boleh blah.. Kalau agak2 dah tak muat seluar size 29, aku buat-buat la diet tak makan nasik sehari,, esok bedal nasik balik.. ape dehal la aku ni..




camana ek nak cekalkan diri nak mengurangkan lelemak yang ada, tiap2 hari konon berazam nak diet la, nak bersenam la, tapi kecekalan hati tu xtetap lagi.

Ya Allah, takkan la nak tunggu jadi anak gajah dulu baru nak betul2 diet ni..huhu..nekad2.. kena jugak diet sekarang.. doakan ye semo. TQ

Salam Maal Hijrah 1434

Halu u ols.

Selamat bekerja di pagi Isnin.. Hari ni mood datang keje berkobar2. eh.. sebelum 2, tahniah TRW.. kalah piala Malaysia tahun ni xpe, tapi pastikan tahun depan menang balik yer. sebenarnya tak sempat nk layan bola malam tadi sebabnya sibuk melayan tetamu.. so tunggu tengok siaran ulangan je la yop..eh..

Esok nak menyambut Maal Hijrah 1434 Hijrah. Di kesempatan ini nak memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur perkataan, terguris hati sape2, terdetik rasa hasad dengki, terhutang sapa2(eh, kalau ade utang sila mitak ye) dan mitak halalkan kalau termakan atau terminum rezeki sape2.

credit to blogger image.


p/s : Tiada Istilah terlambat dalam BERTAUBAT, walau DOSA seluas lautan dan setinggi gunung, ALLAH pasti MENGAMPUNKANNYA. 

11/03/2013

halu november 2013

hi u ols..

lama bebenor x update blog.. rase cam kejap ade kejap xde je.. makan mase berbulan2 nak up 1 entry.. haha.. al maklum la.. bukan blogger tegar, selalu suka view blog orang lain jer. payah betul kalau dah memang kaki pemalas nk mengarang.


toink..toink.. tiba-tiba cam rindu zaman berblog (eh, penah ke aku ni berblog secara berhemah).. haha..

apedehal pun,, akan ku cuba untuk berblog seperti dulu.

till end. peace u ols.





p/s : Gomo Kelate Gomo. Malam ni final Piala Malaysia Kelate vs Pahang. 


1/22/2013

demam.

Assalamualaikum..

Malam tadi terkena demam kuskus. Nasib baik tak melarat sampai pagi ni.. Alkisah tak tahu kenapa malam tadi macam ok je. Tapi macam biasa la, sampai je umah mesti nak baring-baring dulu sambil 'message2' dengan ain. Flight dia delay dari KB-KUL. patut flight gerak kul 5.15 tapi disebabkan hujan lebat delay sampai kul 630 petang... Memang plan nak g ambik dia la kat Putrajaya Sentral petang tu. Tengah syok-syok baring, dapat pulak updated status dari Ain yang flight nye habis minyak plak. Tak leh nak fly. hahah.. cam lawak je cita.. ala-ala movie omputih.. Terpaksa transit kat penang semata-mata nak isi minyak dulu before fly balik ke KL..alangkah bertuah nya Ain. ahaha..  


Then, bajet-bajet la nak baring sekejap sambil nak tunggu Ain sampai.. Time tu da rasa semacam, tak sedap badan dan tiba-tiba cam rasa seram sejuk.. Terus ambik selimut selubung satu badan. Tapi badan still rasa macam menggigil-gigil.. Pelik jugak sebab macam tiba-tiba.. Dah agak risau takut nanti tersakit kepala ke ape. Aku ni kalau dah sakit kepala memang tahap sampai rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding. Tak leh nak bukak mata langsung. Kalau bukak mata je terus cam nak pitam.. Risau gila.. Terus pejam je mata dambil doa-doa jangan la demam teruk sangat. Minggu depan nak cuti dengan senang hati.. huhuhu.. Terus tak sedarkan diri.


Kira-kira jam 4.30 pagi tersedar. Fuh.. Nasib baik boleh bukak mata lagi. Tengok message dan ade miscall dari Ain.. waaaa... Sian Ain.. memang xsedar langsung.. Nasib baik Man ade boleh g ambik dia... Kalau tak, tak tahu la Ain balik umah Dee camane.. huhuhu... Sori dear.

Petang ni balik umah Eda @ ukay perdana.. hooyeehh.. Mr Jimmy outstation ke JB. So, kitaorang mengambil la kesempatan yang ada ni nak lepak sama-sama. Pas keje nanti terus naik LRT ke Wangsa Maju,, yahuu,, 

Tunggu kedatangan kami..yeayy

Can't wait to lepak-lepak with @siti shahieda bahruddin, @Ain Nadia Hanapi n @ Syafiqa Anuar petang ni.. @ Intan Zahariah, sila jangan jeles yer. Muahh

Miss this moment sooo muchh..

T.Q

1/21/2013

kemaruk

Assalamualaikum..

Kerja hari ni sangat memberangsangkan. Masuk je kerja memang col dari vendor petronas bertalu-talu. Tak menang tangan nak meng'handle', tapi alhamdulillah. Aura positif lagi menguasai dan dapat kawal la diri sikit kot. ahaha.. positif-positif..

Gembira dapat cuti next week.. yuhuuu.. so da boleh balik kampung sabtu ni sampai hari rabu.. Kebetulan tiket KB-KUL dah beli so memang tak plan la nak extend lagi cuti. Kalau ikut plan yang sesedap rasa macam nak cuti je terus sampai hari sabtu tu tapi memandangkan memang rasa sangat rugi sebab da beli tiket awal-awal, so terpaksa la jugak balik petang rabu tu..(Sedikit kecewa disitu).tapi syukur alhamdulillah.. Walau sekejap dapat jugak eden balik. Dah lama bebenor eden ni mengidam makanan dibawah ini :-

1. Tepu Boko. Yummies.

2. Nasi Kerabu Golok
3. Laksam

Ni adalah sebahagian benda wajib yang memang aku tengah kemaruk gila yang amat nak makan. Sampai tiap-tiap hari google n tengok je gambar dari kejauhan.. huaaahhaa... Sambil tengok gambar sambil telan air liur dan imagine aku tengah menikmati keenakan rasa nya... wahhh.. makin tak sabar la aku nak balik ni..

Kalau tak dapat ni memang datang keje minggu depan meleleh la air liur aku.. wuhuuu.. can't wait for this saturday.. yahuuu..

miss u my hometown. wait for me...

T.Q

positif monday

Alhamdulillah.. 

Hari ni selamat sampai kat ofis. tersampai awal gila kot.. dah takde monday blues ke hape.. excited lagi nak g keje. aha. ko hado? Den hado.. hahaha(gelak jahat).

Aura positif cecah 100% nih. Tak tahu nape. Maybe sebab sabtu ni dah nak balik kampung kot. 2 aura positif membuak-buak sampai rasa malam ni nak tido ofis je. Nak tunggu sampai jumaat kat ofis, So sabtu balik umah siap-siap terus balik kampung.. Best kan kalau boleh buat macam 2.

Tengah check2 email kat ofis, tiba-tiba disapa oleh seorang ofismate (ecece...ayat xnak kalah). dia suggest aku untuk ambik vitamin.. maybe dia da biasa dengar aku bersin2 n batuk2 kot.. memang aku ni jenis manusia yang susah kot nak makan ubat or vitamin or segala nama jenis suppliment la. susu pun susah nk minum. Alasan ? kalau tak sakit buat apa nak makan. Time operation dulu sampai menangis nak minum air gamat. bukannya banyak sangat (satu sudu je kot) tapi menangis macam nak kena makan racun tikus je. Susah wooo.. serius. Macam pikir, perlu ke nak makan vitamin / susu tu? huishh.. respect giler sape yang boleh menelan air susu yang memang rasa tawar and berbau (hanyir je aku rase).. huhuhu..

Tapi memandangkan aku ni memang tiap-tiap hari kena jalan kaki nak ke ofis, memang amat perlu kot minum segelas susu di waktu pagi dan sebelum tido setiap hari.. Nak cuba try minum anlene perisa coklat la kot kalau terdaya. tak tahu la dapat habiskan ke tak. Pernah jugak dulu beria beli anlene (perisa coklat) yang paling kecik. Last-last plastik pun xsempat bukak, terus bagi kat nenek mintak habiskan.. aha. nampak tak betapa liatnya nak minum susu.. huuuwaaaa...

" Mampu kah aku meminum mu...waaa"
             
Mood untuk meneruskan kerja.. till then update lagi.. Chow.

~ salam ~



1/20/2013

2013..move on..

Assalamualaikum...

setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini..adakah lagi sapa-sapa yang sudi membaca.. takpe la.. for memory purposes only.. 

Setelah hampir 7 bulan menetap kembali di sini ( 5 bulan di JPKK) dan sekarang di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, keadaan tak banyak berubah. Nama je duk KL tapi boleh kira dengan jari berapa kali keluar merayau atau hang out.. Semeningkat nye umur, semakin tak ada rasa nak kua merayau cam dulu. Banyak masa dihabiskan di rumah atau sekali-sekala keluar makan-makan dengan adik-adik.. Hidup sekarang kena fokus, bukan muda lagi nak main-main or nak fikir enjoy jer..

Hidup aku xmacam orang lain. Aku bermula agak lewat.. Banyak masa aku selama ni dihabiskan tanpa memikirkan masa depan. Akhir tahun lepas baru aku ada kesedaran untuk betul-betul berubah dan berfikir sampai bila aku nak hidup macam ini, tiada pendirian, tiada matlamat hidup dan fikir semua benda terlalu mudah untuk dicapai, sedangkan 2 tahun ini tidak mencapai apa-apa kejayaan.. NOTHING..

I need to move on.. really need to do it even it might be late. BUT not too late rather then never. right?

Alhamdulillah.. atas berkat pertolongan dan bantuan seorang kawan, aku berjaya di tahap sekarang. Even belum berjaya. tapi aku ade matlamat hidup dan aku akan pastikan tiada siapa boleh menghalang aku untuk mencapai matlamat tersebut.. Amin

Menara Perak

Pasangan hidup? belum ade jodoh lagi.. dan matlamat aku bukan ke arah itu lagi.. Mungkin satu hari nanti Allah akan bukakan hati aku dan pertemukan aku dengan seseorang yang boleh menerima aku seadaanya. Mungkin.. Hanya DIA saja yang tahu..

sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.. 

T.Q.

6/14/2012

Tawaran Baik.. Terima ke Tolak ??

selamat pagi..

pagi ni bangun dengan penuh bersemangat, mana tak bersemangatnya kalau malam tadi tido tak ingat dunia. Aku rasa dalam pukul 8.30 kot dah terlelap. Sebab seingat aku pukul 8.00 tu aku masuk bilik dan baca novel. hahaha. Then dah tak ingat bila masa aku tidur. Tertidur sampai xsempat nak tutup buku. Alhamdulillah. Bangun pagi ini tak sakit kepala. Dah lama tak dapat tido dengan tenang macam malam tadi. Alhamdulillah...Amin

Tengah syok bersiap-siap nak g kerja pagi tadi, tiba-tiba terkejut badak dengar bunyi message. Dah lama tak dapat message pagi-pagi ni..Excited bukak henpon..message dari boss..cuak jugak.Asal pagi-pagi boss dah message ni, rupa-rupanya dimaklumkan dengan perkhabaran dia masuk office lambat.heheeh..wat suspen je boss ni. i loike...hehe

Masuk je office, aku dikhabarkan pulak dengan 1 tawaran yang memang dah lama aku tunggu-tunggu. Penentu masa depan aku sebenarnya. Tapi yang tak best nya. Tawaran tu berada di jelebu, Negeri Sembilan. Patut ke aku terima tawaran tu? Ke perlu aku tolak untuk dapatkan tawaran lain? Tapi ada ke tawaran lain yang lebih baik dari tawaran ni? BUNTU.. Ya Allah. Permudahkan la segala urusan dan tunjukkan lah aku dengan peluang yang telah Engkau berikan ini.

Semoga diberi petunjuk untuk membuat pilihan terbaik. Amin

Bubye

6/11/2012

Pertemuan yang penuh mendebarkan..

salam semua.
Hari ini lambat berkesempatan untuk update entry.. Sangat sibuk memandangkan baru pertama kali berjumpa dengan boss tempat kerja sekarang. Seperti biasa la sesi suai-kenal dijalankan. Alhamdulillah, satu permulaan pertemuan yang agak baik. Tak sia-sia bangun seawal 530 pagi tadi sebab terlalu over excited nak jumpa boss baru. Pertemuan menarik dengan boss. Tambah menarik bila boss satu negeri dengan eden. hehehe. Bertambah meriah la pertemuan ini. ececece..

Kesempatan nak update entry ni pun diambil bila boss da selamat pergi meeting kat KPT. So, boleh la bertenang sikit. Dari pagi memang tak menang tangan. hehe. Ni la baru dinamakan bekerja..


p/s: hahaha.. sori yer. tajuk entry tak ada kena mengena dengan entry ni pun, saje bikin gempak sedikit. 
Ok la.. Till then. Update lagi. Salam

6/08/2012

seminggu sudah.

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik rupanya sudah seminggu berjaya berkhidmat di tempat baru ni. Buat masa ini semua berjalan dengan lancar. Suasana dan persekitaran kerja kat sini alhamdulillah terkawal lagi. Memandangkan jabatan ni tak besar sangat, sah-sahla staff pun tak ramai dan alhamdulillah, semua sangat baik terutama KPP.. Tunggu Pengarah je tak kenal lagi. Seram jugak nak berkenalan dengan boss ni. Huhu. Harap-harap semua berjalan dengan lancar selancarnya. Ehe

Minggu pertama tak dibebani dengan kerja yang banyak sangat, cuma diberi penerangan dengan tugas-tugas harian dan benda-benda yang sepatutnya kena buat sebelum boss masuk. Itu je. Alhamdulillah. Nasib baik pernah berpengalaman dengan kerja-kerja sama macam ni dulu. So, xda la rasa kekok or kelam kabut sangat.


Sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala amalan dan kerja-kerja seharian, dimurahkan rezeki dan dijauhi dari sifat hasad dengki dan dibenci oleh manusia serta olehNya. 

Prinsip hidup saya, saya hidup tak pernah niat nak kacau hidup orang dan saya harap orang lain jugak jangan mengacau hidup saya. itu sahaja.

Till then, akan update entry 'apa yang saya buat di hujung minggu pertama saya di sini'.

Bye, salam.

6/06/2012

Permulaan Hidup Baru tahun 2012

Salam semua..

Dah lama x update blog. Sampai dah xtahu nak membebel pasal apa. Ade jugak kawan-kawan tanya bila nak update, just boleh cakap dulu x sempat dan  kekeringan idea. Sekarang pun bermati-matian kerah balik idea nak update cerita-cerita terbaru.

Alhamdulillah. Dengan doa yang xputus-putus dari Keluarga dan kawan-kawan, saya sekarang dengan rasminya telah balik berpindah ke rumah keluarga di Kuala Lumpur. Dan dengan berkat izinNya j, saya juga dimurahkan rezeki dengan diberi pekerjaan biasa-biasa sahaja di Kementerian Pengajian Tinggi. Alhamdulillah. Walaupun gaji tidak seberapa, tapi saya bersyukur. 

Azam baru bila masuk kerja kat sini, 

1. Bermula dengan kerja gred rendah --> Menjadi pekerja tetap dengan gred yang lebih tinggi.

1 je azam? hahaha.. 2 je yang nampak sekarang.. mana tahu esok-esok akan tambah lagi azam lain pulak. aha.


Sedih tetap sedih bila dah tinggalkan nenek dan kawan-kawan kat kampung. Tapi apa boleh buat, demi masa depan dan kerjaya yang diidam-idamkan selama ini. Hurm.. Saya tetap saya yang dulu. Cuma sekarang terpaksa memikirkan diri sendiri lebih dari segalanya.

Okla.. saya akan update lagi cerita terkini dan sensasi untuk tatapan semua.

Salam..

1/12/2012

Demi Lovato - Skyscraper


Skies are crying, I am watching
Catching tear drops in my hands
Only silence, as it's ending
Like we never had a chance

Do you have to make me feel like
So there's nothing left of me?

[Chorus:]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

[Bridge:]
As the smoke clears, I awaken
And untangle you from me
Would it make you, feel better
To watch me while I bleed?

All my windows still are broken
But I'm standing on my feet

[Chorus:]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

[Bridge:]
Go run, run, run
I'm gonna stay right here, watch you disappear
Yeah oh
Go run, run, run
Yeah, it's a long way down
But I am closer to the clouds up here

[Chorus:]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Oh Oh
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

(Like a skyscraper) huh huh huh

Like a skyscraper
Like a skyscraper

1/05/2012

salam tahun baru 2012

salam.


tahun 2011 dah berlalu..macam-macam dugaan hidup pahit, manis, masam, masin... macam2 ada.. semuanya pengalaman yang mendewasakan aku menjadi seorang yang lebih tabah dan berani membuat keputusan untuk diri sendiri..


Alhamdulillah..di usia aku yang semakin menyenja ni, aku masih ada family yang sentiasa menyokong aku secara xlangsung, sahabat-sahabat yang setia menemani dikala susah dan senang, musuh-musuh yang aku xcari yang sentiasa mengutuk dan mencela aku sehingga membuatkan aku semakin bertambah bersemangat untuk berjaya, rakan-rakan sekerja yang sentiasa berusaha membantu aku dan kawan-kawan sekolah rendah, menengah, Matrik Kuala Pilah, Shedarian, UM, FSKTM, geng-geng IDIS, geng-geng USMT (UITM Mache), geng-geng HTM, KKKL dan Haustek Engineering Sdn. Bhd.


Dikala susah melanda di tahun 2011, ada jugak sinar kebahagian di sebalik itu, seperti :


1. Dapat kembali ke tanah kampung sekangkang kera ini dan berkhidmat disini..Menjalankan tanggungjawab menjaga nenek yang semakin berusia.


2. Dimurahkan rezeki dengan lahirnya Cik TAM manggantikan VAVA tersayang.


3. Rezeki mendapat anak sedara pertama tersayang FARIDA HANNA dan anak sedara kedua akan menyusul soonnn...


4. JODOH? Allah tentukan..


ok la....azam tahun ni akan update blog selalu...hahah....nanti akan diupdate lagi...


Till Then Fwen...Muahh

8/08/2011

salam Ramadhan

salam Ramadhan semua..

kiranya terasa sangatla lame x update blog macam dulu..xtahu la nape sejak dua menjak ni hidup menjadi sedikit kelam-kabut + haru-biru....mungkin selepas dapat surat penamatan kontrak kerja hari 2.. aku belum bersedia lagi nak menjalani hidup sebagai penganggur budiman ni.. tapi apakan daya...dah tersurat takdir mengatakan aku terpaksa juga belajar untuk hidup sebagai seorang penganggur..

idea tiba-tiba terbantut...so..tunggu la next entry untuk cite lain k.

Salam Ramadhan...

7/03/2011

entry di Bulan Julai 2011

salam...

agak lame xupdate benda alah ini..huhuhu..bz memanjang..biasa la. da nama orang yang bekerja, xkira la kerja apa, akan tetap bz ngan kerja masing-masing... even pakcik tukang kebun pun bz gak, bz ngan kerja-kerja seharian...kan pakcik kan?ehehe..saya paham pakcik..

selama ni sempat bukak blog ni n baca entry orang je....hati ni melonjak-lonjak nak update tapi entah la..feel nak update 2 xkua lagi...biasa la.. kena ambik feel dulu baru senang nak mengarang..smooth je nak bercerita..ahahaha..nah sekarang berjaya jugak menaip..tp xtahu la da habis mengarang jap lagi akan publish ke x entry ni..da berlonggok entry kat draft yang xpublish, sebabnye, tengah syok-syok mengarang, tiba-tiba idea hilang..aahaha..so, ape lagi. save la entry 2 kat draft...sampai sekarang xpublish2..ahahah

hari ni beria-ia nak update..ngah teruja gila nak update tadi bleh plak lupa password nak login..adoiii...spoilt mood betul..try guna password yang biasa guna tapi xdapt gak..huhhu..terbantut..last-last kua bilik kejap, masuk balik n login balik n tap...berjaya...huhuhu..2 la...emel n password macam-macam...bila time macam ni la kelam kabut..aduyai...

hurm..nak upload pic la..idea tiba blank..ahaha...pic ni xde kena mengena ngan peristiwa ape2 pun..just nak share antara aktiviti aku sepanjang bulan Jun 2011 lepas..






k ah..mahu meneruskan kerja-kerja di akhir perkhidmatan disini..ahahaha(tahu ape maksud nye) next entry la kayh...

bubye..