6/08/2012

seminggu sudah.

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik rupanya sudah seminggu berjaya berkhidmat di tempat baru ni. Buat masa ini semua berjalan dengan lancar. Suasana dan persekitaran kerja kat sini alhamdulillah terkawal lagi. Memandangkan jabatan ni tak besar sangat, sah-sahla staff pun tak ramai dan alhamdulillah, semua sangat baik terutama KPP.. Tunggu Pengarah je tak kenal lagi. Seram jugak nak berkenalan dengan boss ni. Huhu. Harap-harap semua berjalan dengan lancar selancarnya. Ehe

Minggu pertama tak dibebani dengan kerja yang banyak sangat, cuma diberi penerangan dengan tugas-tugas harian dan benda-benda yang sepatutnya kena buat sebelum boss masuk. Itu je. Alhamdulillah. Nasib baik pernah berpengalaman dengan kerja-kerja sama macam ni dulu. So, xda la rasa kekok or kelam kabut sangat.


Sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala amalan dan kerja-kerja seharian, dimurahkan rezeki dan dijauhi dari sifat hasad dengki dan dibenci oleh manusia serta olehNya. 

Prinsip hidup saya, saya hidup tak pernah niat nak kacau hidup orang dan saya harap orang lain jugak jangan mengacau hidup saya. itu sahaja.

Till then, akan update entry 'apa yang saya buat di hujung minggu pertama saya di sini'.

Bye, salam.

No comments: