1/21/2013

positif monday

Alhamdulillah.. 

Hari ni selamat sampai kat ofis. tersampai awal gila kot.. dah takde monday blues ke hape.. excited lagi nak g keje. aha. ko hado? Den hado.. hahaha(gelak jahat).

Aura positif cecah 100% nih. Tak tahu nape. Maybe sebab sabtu ni dah nak balik kampung kot. 2 aura positif membuak-buak sampai rasa malam ni nak tido ofis je. Nak tunggu sampai jumaat kat ofis, So sabtu balik umah siap-siap terus balik kampung.. Best kan kalau boleh buat macam 2.

Tengah check2 email kat ofis, tiba-tiba disapa oleh seorang ofismate (ecece...ayat xnak kalah). dia suggest aku untuk ambik vitamin.. maybe dia da biasa dengar aku bersin2 n batuk2 kot.. memang aku ni jenis manusia yang susah kot nak makan ubat or vitamin or segala nama jenis suppliment la. susu pun susah nk minum. Alasan ? kalau tak sakit buat apa nak makan. Time operation dulu sampai menangis nak minum air gamat. bukannya banyak sangat (satu sudu je kot) tapi menangis macam nak kena makan racun tikus je. Susah wooo.. serius. Macam pikir, perlu ke nak makan vitamin / susu tu? huishh.. respect giler sape yang boleh menelan air susu yang memang rasa tawar and berbau (hanyir je aku rase).. huhuhu..

Tapi memandangkan aku ni memang tiap-tiap hari kena jalan kaki nak ke ofis, memang amat perlu kot minum segelas susu di waktu pagi dan sebelum tido setiap hari.. Nak cuba try minum anlene perisa coklat la kot kalau terdaya. tak tahu la dapat habiskan ke tak. Pernah jugak dulu beria beli anlene (perisa coklat) yang paling kecik. Last-last plastik pun xsempat bukak, terus bagi kat nenek mintak habiskan.. aha. nampak tak betapa liatnya nak minum susu.. huuuwaaaa...

" Mampu kah aku meminum mu...waaa"
             
Mood untuk meneruskan kerja.. till then update lagi.. Chow.

~ salam ~



No comments: