Assalamualaikum...
setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini..adakah lagi sapa-sapa yang sudi membaca.. takpe la.. for memory purposes only..
Setelah hampir 7 bulan menetap kembali di sini ( 5 bulan di JPKK) dan sekarang di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, keadaan tak banyak berubah. Nama je duk KL tapi boleh kira dengan jari berapa kali keluar merayau atau hang out.. Semeningkat nye umur, semakin tak ada rasa nak kua merayau cam dulu. Banyak masa dihabiskan di rumah atau sekali-sekala keluar makan-makan dengan adik-adik.. Hidup sekarang kena fokus, bukan muda lagi nak main-main or nak fikir enjoy jer..
Hidup aku xmacam orang lain. Aku bermula agak lewat.. Banyak masa aku selama ni dihabiskan tanpa memikirkan masa depan. Akhir tahun lepas baru aku ada kesedaran untuk betul-betul berubah dan berfikir sampai bila aku nak hidup macam ini, tiada pendirian, tiada matlamat hidup dan fikir semua benda terlalu mudah untuk dicapai, sedangkan 2 tahun ini tidak mencapai apa-apa kejayaan.. NOTHING..
I need to move on.. really need to do it even it might be late. BUT not too late rather then never. right?
Alhamdulillah.. atas berkat pertolongan dan bantuan seorang kawan, aku berjaya di tahap sekarang. Even belum berjaya. tapi aku ade matlamat hidup dan aku akan pastikan tiada siapa boleh menghalang aku untuk mencapai matlamat tersebut.. Amin
Pasangan hidup? belum ade jodoh lagi.. dan matlamat aku bukan ke arah itu lagi.. Mungkin satu hari nanti Allah akan bukakan hati aku dan pertemukan aku dengan seseorang yang boleh menerima aku seadaanya. Mungkin.. Hanya DIA saja yang tahu..
sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati..
T.Q.
No comments:
Post a Comment