6/14/2012

Tawaran Baik.. Terima ke Tolak ??

selamat pagi..

pagi ni bangun dengan penuh bersemangat, mana tak bersemangatnya kalau malam tadi tido tak ingat dunia. Aku rasa dalam pukul 8.30 kot dah terlelap. Sebab seingat aku pukul 8.00 tu aku masuk bilik dan baca novel. hahaha. Then dah tak ingat bila masa aku tidur. Tertidur sampai xsempat nak tutup buku. Alhamdulillah. Bangun pagi ini tak sakit kepala. Dah lama tak dapat tido dengan tenang macam malam tadi. Alhamdulillah...Amin

Tengah syok bersiap-siap nak g kerja pagi tadi, tiba-tiba terkejut badak dengar bunyi message. Dah lama tak dapat message pagi-pagi ni..Excited bukak henpon..message dari boss..cuak jugak.Asal pagi-pagi boss dah message ni, rupa-rupanya dimaklumkan dengan perkhabaran dia masuk office lambat.heheeh..wat suspen je boss ni. i loike...hehe

Masuk je office, aku dikhabarkan pulak dengan 1 tawaran yang memang dah lama aku tunggu-tunggu. Penentu masa depan aku sebenarnya. Tapi yang tak best nya. Tawaran tu berada di jelebu, Negeri Sembilan. Patut ke aku terima tawaran tu? Ke perlu aku tolak untuk dapatkan tawaran lain? Tapi ada ke tawaran lain yang lebih baik dari tawaran ni? BUNTU.. Ya Allah. Permudahkan la segala urusan dan tunjukkan lah aku dengan peluang yang telah Engkau berikan ini.

Semoga diberi petunjuk untuk membuat pilihan terbaik. Amin

Bubye

6/11/2012

Pertemuan yang penuh mendebarkan..

salam semua.
Hari ini lambat berkesempatan untuk update entry.. Sangat sibuk memandangkan baru pertama kali berjumpa dengan boss tempat kerja sekarang. Seperti biasa la sesi suai-kenal dijalankan. Alhamdulillah, satu permulaan pertemuan yang agak baik. Tak sia-sia bangun seawal 530 pagi tadi sebab terlalu over excited nak jumpa boss baru. Pertemuan menarik dengan boss. Tambah menarik bila boss satu negeri dengan eden. hehehe. Bertambah meriah la pertemuan ini. ececece..

Kesempatan nak update entry ni pun diambil bila boss da selamat pergi meeting kat KPT. So, boleh la bertenang sikit. Dari pagi memang tak menang tangan. hehe. Ni la baru dinamakan bekerja..


p/s: hahaha.. sori yer. tajuk entry tak ada kena mengena dengan entry ni pun, saje bikin gempak sedikit. 
Ok la.. Till then. Update lagi. Salam

6/08/2012

seminggu sudah.

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik rupanya sudah seminggu berjaya berkhidmat di tempat baru ni. Buat masa ini semua berjalan dengan lancar. Suasana dan persekitaran kerja kat sini alhamdulillah terkawal lagi. Memandangkan jabatan ni tak besar sangat, sah-sahla staff pun tak ramai dan alhamdulillah, semua sangat baik terutama KPP.. Tunggu Pengarah je tak kenal lagi. Seram jugak nak berkenalan dengan boss ni. Huhu. Harap-harap semua berjalan dengan lancar selancarnya. Ehe

Minggu pertama tak dibebani dengan kerja yang banyak sangat, cuma diberi penerangan dengan tugas-tugas harian dan benda-benda yang sepatutnya kena buat sebelum boss masuk. Itu je. Alhamdulillah. Nasib baik pernah berpengalaman dengan kerja-kerja sama macam ni dulu. So, xda la rasa kekok or kelam kabut sangat.


Sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala amalan dan kerja-kerja seharian, dimurahkan rezeki dan dijauhi dari sifat hasad dengki dan dibenci oleh manusia serta olehNya. 

Prinsip hidup saya, saya hidup tak pernah niat nak kacau hidup orang dan saya harap orang lain jugak jangan mengacau hidup saya. itu sahaja.

Till then, akan update entry 'apa yang saya buat di hujung minggu pertama saya di sini'.

Bye, salam.

6/06/2012

Permulaan Hidup Baru tahun 2012

Salam semua..

Dah lama x update blog. Sampai dah xtahu nak membebel pasal apa. Ade jugak kawan-kawan tanya bila nak update, just boleh cakap dulu x sempat dan  kekeringan idea. Sekarang pun bermati-matian kerah balik idea nak update cerita-cerita terbaru.

Alhamdulillah. Dengan doa yang xputus-putus dari Keluarga dan kawan-kawan, saya sekarang dengan rasminya telah balik berpindah ke rumah keluarga di Kuala Lumpur. Dan dengan berkat izinNya j, saya juga dimurahkan rezeki dengan diberi pekerjaan biasa-biasa sahaja di Kementerian Pengajian Tinggi. Alhamdulillah. Walaupun gaji tidak seberapa, tapi saya bersyukur. 

Azam baru bila masuk kerja kat sini, 

1. Bermula dengan kerja gred rendah --> Menjadi pekerja tetap dengan gred yang lebih tinggi.

1 je azam? hahaha.. 2 je yang nampak sekarang.. mana tahu esok-esok akan tambah lagi azam lain pulak. aha.


Sedih tetap sedih bila dah tinggalkan nenek dan kawan-kawan kat kampung. Tapi apa boleh buat, demi masa depan dan kerjaya yang diidam-idamkan selama ini. Hurm.. Saya tetap saya yang dulu. Cuma sekarang terpaksa memikirkan diri sendiri lebih dari segalanya.

Okla.. saya akan update lagi cerita terkini dan sensasi untuk tatapan semua.

Salam..

1/12/2012

Demi Lovato - Skyscraper


Skies are crying, I am watching
Catching tear drops in my hands
Only silence, as it's ending
Like we never had a chance

Do you have to make me feel like
So there's nothing left of me?

[Chorus:]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

[Bridge:]
As the smoke clears, I awaken
And untangle you from me
Would it make you, feel better
To watch me while I bleed?

All my windows still are broken
But I'm standing on my feet

[Chorus:]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

[Bridge:]
Go run, run, run
I'm gonna stay right here, watch you disappear
Yeah oh
Go run, run, run
Yeah, it's a long way down
But I am closer to the clouds up here

[Chorus:]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Oh Oh
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

(Like a skyscraper) huh huh huh

Like a skyscraper
Like a skyscraper

1/05/2012

salam tahun baru 2012

salam.


tahun 2011 dah berlalu..macam-macam dugaan hidup pahit, manis, masam, masin... macam2 ada.. semuanya pengalaman yang mendewasakan aku menjadi seorang yang lebih tabah dan berani membuat keputusan untuk diri sendiri..


Alhamdulillah..di usia aku yang semakin menyenja ni, aku masih ada family yang sentiasa menyokong aku secara xlangsung, sahabat-sahabat yang setia menemani dikala susah dan senang, musuh-musuh yang aku xcari yang sentiasa mengutuk dan mencela aku sehingga membuatkan aku semakin bertambah bersemangat untuk berjaya, rakan-rakan sekerja yang sentiasa berusaha membantu aku dan kawan-kawan sekolah rendah, menengah, Matrik Kuala Pilah, Shedarian, UM, FSKTM, geng-geng IDIS, geng-geng USMT (UITM Mache), geng-geng HTM, KKKL dan Haustek Engineering Sdn. Bhd.


Dikala susah melanda di tahun 2011, ada jugak sinar kebahagian di sebalik itu, seperti :


1. Dapat kembali ke tanah kampung sekangkang kera ini dan berkhidmat disini..Menjalankan tanggungjawab menjaga nenek yang semakin berusia.


2. Dimurahkan rezeki dengan lahirnya Cik TAM manggantikan VAVA tersayang.


3. Rezeki mendapat anak sedara pertama tersayang FARIDA HANNA dan anak sedara kedua akan menyusul soonnn...


4. JODOH? Allah tentukan..


ok la....azam tahun ni akan update blog selalu...hahah....nanti akan diupdate lagi...


Till Then Fwen...Muahh