1/22/2013

demam.

Assalamualaikum..

Malam tadi terkena demam kuskus. Nasib baik tak melarat sampai pagi ni.. Alkisah tak tahu kenapa malam tadi macam ok je. Tapi macam biasa la, sampai je umah mesti nak baring-baring dulu sambil 'message2' dengan ain. Flight dia delay dari KB-KUL. patut flight gerak kul 5.15 tapi disebabkan hujan lebat delay sampai kul 630 petang... Memang plan nak g ambik dia la kat Putrajaya Sentral petang tu. Tengah syok-syok baring, dapat pulak updated status dari Ain yang flight nye habis minyak plak. Tak leh nak fly. hahah.. cam lawak je cita.. ala-ala movie omputih.. Terpaksa transit kat penang semata-mata nak isi minyak dulu before fly balik ke KL..alangkah bertuah nya Ain. ahaha..  


Then, bajet-bajet la nak baring sekejap sambil nak tunggu Ain sampai.. Time tu da rasa semacam, tak sedap badan dan tiba-tiba cam rasa seram sejuk.. Terus ambik selimut selubung satu badan. Tapi badan still rasa macam menggigil-gigil.. Pelik jugak sebab macam tiba-tiba.. Dah agak risau takut nanti tersakit kepala ke ape. Aku ni kalau dah sakit kepala memang tahap sampai rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding. Tak leh nak bukak mata langsung. Kalau bukak mata je terus cam nak pitam.. Risau gila.. Terus pejam je mata dambil doa-doa jangan la demam teruk sangat. Minggu depan nak cuti dengan senang hati.. huhuhu.. Terus tak sedarkan diri.


Kira-kira jam 4.30 pagi tersedar. Fuh.. Nasib baik boleh bukak mata lagi. Tengok message dan ade miscall dari Ain.. waaaa... Sian Ain.. memang xsedar langsung.. Nasib baik Man ade boleh g ambik dia... Kalau tak, tak tahu la Ain balik umah Dee camane.. huhuhu... Sori dear.

Petang ni balik umah Eda @ ukay perdana.. hooyeehh.. Mr Jimmy outstation ke JB. So, kitaorang mengambil la kesempatan yang ada ni nak lepak sama-sama. Pas keje nanti terus naik LRT ke Wangsa Maju,, yahuu,, 

Tunggu kedatangan kami..yeayy

Can't wait to lepak-lepak with @siti shahieda bahruddin, @Ain Nadia Hanapi n @ Syafiqa Anuar petang ni.. @ Intan Zahariah, sila jangan jeles yer. Muahh

Miss this moment sooo muchh..

T.Q

1/21/2013

kemaruk

Assalamualaikum..

Kerja hari ni sangat memberangsangkan. Masuk je kerja memang col dari vendor petronas bertalu-talu. Tak menang tangan nak meng'handle', tapi alhamdulillah. Aura positif lagi menguasai dan dapat kawal la diri sikit kot. ahaha.. positif-positif..

Gembira dapat cuti next week.. yuhuuu.. so da boleh balik kampung sabtu ni sampai hari rabu.. Kebetulan tiket KB-KUL dah beli so memang tak plan la nak extend lagi cuti. Kalau ikut plan yang sesedap rasa macam nak cuti je terus sampai hari sabtu tu tapi memandangkan memang rasa sangat rugi sebab da beli tiket awal-awal, so terpaksa la jugak balik petang rabu tu..(Sedikit kecewa disitu).tapi syukur alhamdulillah.. Walau sekejap dapat jugak eden balik. Dah lama bebenor eden ni mengidam makanan dibawah ini :-

1. Tepu Boko. Yummies.

2. Nasi Kerabu Golok
3. Laksam

Ni adalah sebahagian benda wajib yang memang aku tengah kemaruk gila yang amat nak makan. Sampai tiap-tiap hari google n tengok je gambar dari kejauhan.. huaaahhaa... Sambil tengok gambar sambil telan air liur dan imagine aku tengah menikmati keenakan rasa nya... wahhh.. makin tak sabar la aku nak balik ni..

Kalau tak dapat ni memang datang keje minggu depan meleleh la air liur aku.. wuhuuu.. can't wait for this saturday.. yahuuu..

miss u my hometown. wait for me...

T.Q

positif monday

Alhamdulillah.. 

Hari ni selamat sampai kat ofis. tersampai awal gila kot.. dah takde monday blues ke hape.. excited lagi nak g keje. aha. ko hado? Den hado.. hahaha(gelak jahat).

Aura positif cecah 100% nih. Tak tahu nape. Maybe sebab sabtu ni dah nak balik kampung kot. 2 aura positif membuak-buak sampai rasa malam ni nak tido ofis je. Nak tunggu sampai jumaat kat ofis, So sabtu balik umah siap-siap terus balik kampung.. Best kan kalau boleh buat macam 2.

Tengah check2 email kat ofis, tiba-tiba disapa oleh seorang ofismate (ecece...ayat xnak kalah). dia suggest aku untuk ambik vitamin.. maybe dia da biasa dengar aku bersin2 n batuk2 kot.. memang aku ni jenis manusia yang susah kot nak makan ubat or vitamin or segala nama jenis suppliment la. susu pun susah nk minum. Alasan ? kalau tak sakit buat apa nak makan. Time operation dulu sampai menangis nak minum air gamat. bukannya banyak sangat (satu sudu je kot) tapi menangis macam nak kena makan racun tikus je. Susah wooo.. serius. Macam pikir, perlu ke nak makan vitamin / susu tu? huishh.. respect giler sape yang boleh menelan air susu yang memang rasa tawar and berbau (hanyir je aku rase).. huhuhu..

Tapi memandangkan aku ni memang tiap-tiap hari kena jalan kaki nak ke ofis, memang amat perlu kot minum segelas susu di waktu pagi dan sebelum tido setiap hari.. Nak cuba try minum anlene perisa coklat la kot kalau terdaya. tak tahu la dapat habiskan ke tak. Pernah jugak dulu beria beli anlene (perisa coklat) yang paling kecik. Last-last plastik pun xsempat bukak, terus bagi kat nenek mintak habiskan.. aha. nampak tak betapa liatnya nak minum susu.. huuuwaaaa...

" Mampu kah aku meminum mu...waaa"
             
Mood untuk meneruskan kerja.. till then update lagi.. Chow.

~ salam ~



1/20/2013

2013..move on..

Assalamualaikum...

setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini..adakah lagi sapa-sapa yang sudi membaca.. takpe la.. for memory purposes only.. 

Setelah hampir 7 bulan menetap kembali di sini ( 5 bulan di JPKK) dan sekarang di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, keadaan tak banyak berubah. Nama je duk KL tapi boleh kira dengan jari berapa kali keluar merayau atau hang out.. Semeningkat nye umur, semakin tak ada rasa nak kua merayau cam dulu. Banyak masa dihabiskan di rumah atau sekali-sekala keluar makan-makan dengan adik-adik.. Hidup sekarang kena fokus, bukan muda lagi nak main-main or nak fikir enjoy jer..

Hidup aku xmacam orang lain. Aku bermula agak lewat.. Banyak masa aku selama ni dihabiskan tanpa memikirkan masa depan. Akhir tahun lepas baru aku ada kesedaran untuk betul-betul berubah dan berfikir sampai bila aku nak hidup macam ini, tiada pendirian, tiada matlamat hidup dan fikir semua benda terlalu mudah untuk dicapai, sedangkan 2 tahun ini tidak mencapai apa-apa kejayaan.. NOTHING..

I need to move on.. really need to do it even it might be late. BUT not too late rather then never. right?

Alhamdulillah.. atas berkat pertolongan dan bantuan seorang kawan, aku berjaya di tahap sekarang. Even belum berjaya. tapi aku ade matlamat hidup dan aku akan pastikan tiada siapa boleh menghalang aku untuk mencapai matlamat tersebut.. Amin

Menara Perak

Pasangan hidup? belum ade jodoh lagi.. dan matlamat aku bukan ke arah itu lagi.. Mungkin satu hari nanti Allah akan bukakan hati aku dan pertemukan aku dengan seseorang yang boleh menerima aku seadaanya. Mungkin.. Hanya DIA saja yang tahu..

sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.. 

T.Q.