11/15/2013

salam jumaat 11 Muharam 1435 Hijrah

Hi u ols.

Selamat pagi.. yeayyy.. pagi ni da habis kerja.. boleh balik tido n esok dapat berfoya2 dengan tanpa rasa bersalah.. 

ops : lupa nak wish tahniah kat adik bongsu kesayangan kitaorang semalam da selamat dapat result UPSR.
5A dengan bangganya.. habislah kitaorang bila die nak mintak2 ganjaran...

p/s: k ah.. nak balik keja dulu.. nanti update lagi.

11/14/2013

tika malam menjelma

Hi u ols..

tajuk entry memang tak nak kalah.. akhirnya aku kecundang jugak..konon2 nak bagi blog ni sentiasa up to date, tapi apa kan daya.. begini la nasibnya.. tak sompek.. tak tahu la apa yang sibuk sangat.. tapi tak berkelapangan nak ber'blog'an.

Malam ni da masuk malam ke tiga keje, sehari je lagi nak habiskan shift ni.. tak sabar sangat sebab minggu depan straight habiskan sisa cuti tahun ni.. so IN SHA ALLAH, ahad ni masuk keje siang then cuti sampai hari khamis. Jumaat sehari je keje then sambung lagi cuti 4 hari.. ahah.. best kan keje cmni.. Kalau Ahad n jumaat ni ditakdirkan tak masuk keje, dapat cuti 12 hari..woooo.. macam best je, macam best je.. ahak..


p/s ; sekadar perkongsian. Moga Allah permudahkan jalan bagi setiap ujian yang diberi kepadaKu.

11/07/2013

jogging hari pertama

hi u ols.

hahaha..status tak nak kalah..alahai..saje je nak bagi berkobar2 sket semangat ni sebab nak teruskan esok plak.. Insha Allah akan cuba yang terbaik.

Pagi tadi berjaya untuk pertama kalinya mengawal nafsu tidur pagi2, gigih ajak adik2 teman g jogging kat Putrajaya. Kali ni terjah Taman Botani, Putrajaya..


Alhamdulillah, berpeluh tak leh nak cite. seronok plak pagi2 lari2 anak, pastu jalan2, pastu lari2 balik.. ahaha..seronok.. Pemandangan kat Taman ni cantik sangat, siap lalu tepi tasik, pastu boleh tengok pokok2 kat setiap negara lain..speechless..aku agak2 da dalam 4 tahun gak la aku tak wat aktiviti jogging menjogging ni.. itula sebabnye kot semakin mengembang.nak sehat balik cam dulu..teruskan usahaaa..:P



jauh gak pusing2 2, niat di hati nak pusing satu tasik tapi maklumla, stamina baru nak build up, so semput di tengah jalan. Terpaksa batalkan niat dan berpatah balik ke starting point.. semput mak nak oiii. jauh.. tapi nak try jugak sekali bia lepas pusing satu tasik.. ahaha..




lepas berpusing2 sampai peluh2 2, sempat singgah kat Taman Wetland, ingat petang nak datang balik nak berkayak, tapi xsompek, so nanti la lain kali nak try berkayak plak.
Cam best jer, cam best jer.. ahaha..

rate harga per hour = RM8.
Weekdays bukak 9.00am  to 5.00 pm
Weekend plak dari 9.00am to 6.00pm.




Semangat punya pasal, balik je dari Putrajaya, ajak adik2 g beli kasut jogging baru..haha..kalau setakat semangat sehari dua je tak tahu la nak cakap apa, kasut dah ade ni.. haruslah dah tak leh main2. doakan yer.

p/s : haruslah gambar2 atas ni bukan aku yang ambik yer, ehsan dari encik google. TQ.

Esok Insha Allah nak jogging kat taman lain plak..esok update balik yer..